05 November 2010

terancam~~~

hye Assalammualaikum~~
Selamat sejahtera~~
apa khabar?harap sihat sahaja...


Hah, nape pic kat atas nieyh gmbar panda?
sebab panda adelah simbol tuk World Wildlife Foundation...
Sebuah organisasi tuk melindungi dan memulihara hidupan liar terancam~~
seperti yg di janjikan pada kat entry sebelom nieyh, skg nak share beberapa hildupan liar yg unik, yg semakin terancam~~~


Haiwan pertama yg nak ditunjukkan 
nieyh adalah spesies buaya yg dipanggil Buaya Cuba..
sememangnya buaya banyak lagi kt muka bumi nieyh, tapi nieyh merupakan spesies buaya yg unik kerana memiliki tekstur kulit yg cantik.. 
kulit buaya nieyh selalunya akan di buat beg tangan, kasut, dan lain-lain lagi lah~~ oleh itu, ianya makin terancam kerana pemburuan dan habitatnya terganggu..




Haiwan nieyh pula merupakan spesies monyet dan di namakan Lutung Kepala Putih..

Lutung ye, bukan lontong...lontong tu makanan~~~
monyet yg kecil comel nieyh hanya boleh ditemui di sebuah pulau kecil kat Vietnam dan sekarang nieyh hanya tinggal 59 ekor sahaja...data ini mungkin akan berubah samaada lagi naik ataupon turun... kalaulah monyet kat UKM nieyh dikatakan makin pupus, mesti ramai yg hargai,huhuh~~~~


Yang nieyh plak spesies katak... katak nieyh kecik je, lebih kurang 0.8 inchi panjangnye~~ katak yg dalam bahasa omputihnye di panggil Romer's Tree Frog atauu dalam bahasa Melayu katak pokok romer kot nieyh hanya boleh di temui di Hong Kong... sebelum nieyh, ianya di fikirkan telah pupus sebab habitatnya telah dimusnahkan utk buat lapangan terbang.. akhirnya terdapat sekelompok yg masih ditemui hidup dan kini usaha pemuliharaan sedang giat di lakukan..


Seterusnya adalah sebuah keluarga kuda.. K.U.D.A kuda... kuda nieyh di panggil Kuda Przewalski dan unik sebab lehernya pendek dan bertubuh kekar.. ianya juga merupakan antara spesies kuda liar yg masih wujud skg nieyh~~ dan hanya boleh ditemui di Mongolia.. Beberapa tahun yg lalu, process pemuliharaannya giat di jalankan di kawasan habitat asalnya.. lihatlah ibu dan anak kuda tu, sedih je tengok, huhuhu......


Kelawar Florida... kelawar nieyh kecil je dan di fikirkan telah pon pupus sebelum nieyh.. namun, sebuah koloni kecil hidupan nieyh akhirnya ditemui dan usaha pemuliharaan giat di jalankan....






Lihat kat katak nieyh, sedih je tgk...sayu sayup je mata die, seperti mengharapkan agar dibantu.. katak yg di namakan Katak Mata Hijau nieyh telah tinggal beberapa ratus je... huhuh, sian kan~~~ memanglah ianya hanya katak, namun tetap suatu hidupan yang perlukan perhatian...


Seterusnya nieyh Merpati Grenada... menjadi simbol tuk Grenada, merpati unik nieyh semakin berkurangan kerana habitatnya telah di hancurkan dek pembangunan...

usaha pemuliharaan di lakukan, namun ianya tetap berada dalam keadaan yg kritikal.. janganlah nanti nasibnya sama seperti saudaranya merpati perlancongan yg telah pon lenyap dari muka bumi....



Kini, hanya tinggal dalam 400 ekor, Kura-kura Ploughshare nieyh terancam kerana perdagangangnya, iaitu untuk dipelihara.. tapi kura-kura nieyh x sesuai dok dalam sangkar,huhuhu.... cube tgk, sian tol, huhuh.....








Comeylnye rubah nieyh.... dipanggil Rubah Kelabu Pulau, habitatnya di Kepulauan Channel Carlifornia.... ianya merupakan rubah yg paling kecil dalam spesiesnya... cube tgk yg kt pokok tu, sian je, huhuhuh.....









Yang nieyh sinonim dah dgn kite, maskot sukan Komanwel.. Orang Utan.. hanya boleh ditemui di kepulauan Borneo dan Sumatera... sejak 75 tahun yg lepas, populasinya turun mendadak sehingga 80%... sebabnya?? .................................



Kalau nak di ikotkan, banyak lagi haiwan-haiwan yang semakin terancam spesiesnya~~~ namun hanya ini yang dapat disenaraikan..kalau nak senaraikan sume, smpai bile pon x abes...

tujuan buat entry nieyh, pon, bukan la nak tunjuk yang diri nieyh baik sangat ke, penyayang ke, nak belagak ke, namun sekadar berkongsi maklumat... kita sememangnya xde kuasa lagi tuk membantu, tapi manalah tahu suatu hari nanti kita dapat peluang... kalau boleh, sememangnya teringin nak menyumbang tuk menyelamatkan hidupan terancam, kalau kene berkhemah dalam hutan, pergi ke tempat terpencil, sanggop..namun, tidak berpeluang, jadi ini jela yg mampu di lakukan tuk membantu mereka~~~

okeyh, samai kat sini jela...jumpe lagi dilain masa.. 
bye~~~~
Muahhh~~

6 comments:

  1. wah..sangat berinformasi..thanks for that info..bila budak architecture cakap pasal alam sekitar..sentap mek..huhu.. yg penting lutung tu comel ye.. nak jadikan pet i la..

    ReplyDelete
  2. u nk bela la lutung tu??try la bela lutung kt ukm nieyh dulu.. kt ukm pon ade tau~~ mata die warna putih, cantik gak~~~kt hutan blkg kkm nieyh ade~~

    ReplyDelete
  3. epis..sila tukar course veterinar selepas ini..

    ReplyDelete
  4. intan cam xnak tgk aku je dah kt studio, sob sob sob :'(

    ReplyDelete
  5. haha,,betul2 intan,,sila tukar cos skrang epis!!

    ReplyDelete
  6. mmg korang xnak tgk aku kt studio dah kan??? sob sob sob....

    ReplyDelete