11 June 2013

CARA MUDAH NAK TENGOK GAJAH...

Salam...

Jikalau sebelum ini kalau kita nak melihat gajah, kita harus pergi ke Zoo ataupun Taman Negara Pahang, namun kini kita boleh melihat gajah-gajah liar di habitatnya dengan begitu mudah, iaitu dengan membuang sampah.. Ye, MEMBUANG SAMPAH!!!!

MEMBUANG SAMPAH!!!!!

Sesiapa yang pernah atau sering pergi ke Kelantan dengan melalui Lebuh Raya Gerik-Jeli pasti mengetahui mengenai Hentian RnR Puncak Banjaran Titiwangsa. Hentian yang sering dikunjungi sama ada untuk berehat mahupun melihat keindahan alam ini juga mempunyai keunikannya yang tersendiri. Buang sahaja sampah di sini, tunggu seminit dua, nanti akan datanglah sekawanan gajah untuk mencari makan.

 Gajah-gajah liar yang mencari makan di sisa-sisa sampah yang dibuang pengunjung.

Beginilah jadinya apabila manusia tidak mempunyai sikap prihatin terhadap alam sekitar. Sememangnya pembangunan serta kemajuan perlukan pengorbanan, namun mentaliti yang tidak mengendahkan pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan alamlah yang menyebabkan perkara sebegini terjadi.

Nanti apabila berlakunya perkara-perkara yang diluar jangkauan, haiwan yang tidak berakal ini dipersalah, walhal puncanya dari manusia yang mempunyai akal. Walaupun ianya hanya binatang, namun gajah-gajah ini turut memiliki perasaan. Harapnya perkara sebegini tidak dipandang remeh oleh pihak-pihak yang berkaitan dan langkah yang drastik perlu tiambil agar tidak berlaku lagi kemudian hari.

kredit to : IMPAK ALAM