17 April 2011

Puduraya dah buka~~

Berita yang agak mengembirakan apabila Hentian Puduraya telah pon di buka semula untuk kegunaan terutamanya pengguna bas express ke kawasan utara.. so daku yang kalau balik perak x perlu lagi nk ke hentian Bukit Jalil yang tidak beberapa terurus tu~~ Hentian Puduraya yang dah siap renovate nieyh pon tidak kurang cantik klu nak dibandingkan dengan TBS-BTS.. so kat sini ade beberapa keping gambar Hentian Puduraya yang dah siap dan telah pon beroperasi~~







Diharap dengan bukanya Hentian Puduraya nieyh, akan memberi keselesaan kepada pengguna dan mengurangkan kesesakan. yela pengguna ke selatan dah ade TBS, ke timur Hentian Putra.. jadi ke utara Hentian Puduraya, harap x sesak lagi cam dulu~~ dan yang penting selesa dan memudahkan, xnk lagi ulat-ulat tiket yang asyik terkejar-kejar halang orang nak jalan.

Sebenarnya Hentian Puduraya dah sinonim dengan diri.. dari kecil lagi dah gune kalau nak balik kampung.. balik kampung tu KL, rumah kat Perak, hoho.. Bile jadi anak perantauan lak, baru guna Hentian Puduraya tuk pulang ke Perak... kalau kecil2 dulu, dengan mak dan ayah balik kampung mesti naik bas. jadi hentian Pudu la transitnye. slalunye beli tiket awal, so kalau banyak mase lagi, beg akan letak kat kaunter yang jaga beg tu, then pegi jalan-jalan area Jalan TAR.. kalau dengan emak tula destinasi wajibnye, sampailah sekarang kalau datang KL..

Boleh kata Hentian Puduraya nieyh banyak nostalgia jugakla, bukan je kat diri ini, mungkin gak kat orang lain.. mungkin disinilah tempat pertama anak-anak kampung pijak time first time jejak kaki ke Kuala Lumpur, mungkin ade yang bertemu jodoh kat sini, atau ade juga jadikan Puduraya hentian terakhir blie nak tinggalkan KL lepas cita-cita x kesampaian.. Jadi, kesimpulannya, Hentian Puduraya nieyh dah memang significant dengan KL tu sendiri~~x sabar nak balik kampung, nak tunggu bas kat Pudu~~

- still kagum dengan TBS-BTS, dah cam airport....


16 April 2011

Raja Buah~~~ DURIAN~~

Musim durian telah pun tiba. kat mana-mana sekarang nieyh mesti ade jual durian. x kire kat tepi jalan, pasar malam, tepi simpang, depan kedai, supermarket, mesti ade jual durian. pastu kat fesbuk pon skg nieyh riuh orang dok citer pasal durian,hoho... so, nieyh ade serba-serbi pasal Durian, raja buah~~


1. Durian adalah buah tropikal yang berasal dari Asia Tenggara. Warna buah berbeza dari hijau ke perang, dan mempunyai bentuk bujur sehingga bundar. Buah ini boleh membesar sehingga 30 cm (12 in) panjang dan 15 cm (6 in) diameter, dan lazimnya mempunyai berat antara satu hingga tiga kg (2 hingga 7 lb). Ciri-ciri durian adalah buah yang mempunyai kulit bersabut yang diselitupi dengan duri yang tajam, mencucuk, dan bau yang kuat dan unik yang terhasil dari isi di dalam, yang dianggap oleh sesetengah orang sebagai berbau busuk. Bahagian buah boleh dimakan adalah isi yang kekuningan, yang menyelitupi biji benih.

2. Pokok durian membesar sehingga ketinggian 50 meter dan buah durian boleh tergantung dari sebarang cabangnya. Pada kebiasaan, buah durian boleh mencapai berat 1 hingga 3 kilogram menjadikan ladang durian sebagai kawasan berbahaya pada musim durian. Sebiji durian jika jatuh di atas kepala seseorang mampu menyebabkan kecederaan teruk atau membawa kepada kematian. Pada kebiasaan, pokok durian boleh berbuah selepas 4-5 tahun.

3. Ramai orang menganggap durian sebagai buah yang sedap, ia dipanggil "raja buah" oleh penduduk tempatan. Sebahagian orang barat yang tidak tahan dengan baunya telah menggambarkan buah durian dengan gambaran seperti "makan kastard dalam tandas awam". Terdapat juga gambaran bau durian sebagai bau lori sampah yang baru sahaja melanggar skunk.

4. Durian berasal dari Brunei, Malaysia dan Indonesia, meskipun ia boleh membesar dalam sebarang cuaca yang serupa. Pusat pelbagai ekologi untuk durian adalah kepulauan Borneo. Thailand adalah pengeksport penting durian. Tempat yang lain di mana durian ditanam termasuk Mindanao di Filipina, Queensland di Australia, Kemboja, Laos, Vietnam, India dan Sri Lanka.

5. Durian dianggap sebagai makanan panas dan sesiapa yang terlebih makan durian akan mendapati dirinya berpeluh dengan banyaknya sejurus selepas makan durian. Penawar tradisi ialah untuk minum air kosong dari pangsa kulit buah. Selain itu, musim durian lazimnya berlaku bersama dengan manggis yang dianggap sebagai mempunyai kesan penyejuk kepada badan. Oleh itu, kedua-dua buah-buahan ini lazimnya dimakan bersama.

6. Berikut ada beberapa tips untuk mereka yang hendak memilih durian untuk dibeli:
- Lazimnya kesegaran dari satu buah boleh dipastikan dari tangkainya. Apabila buah telah dialih dari pokok, tangkainya mulai kering. Pekedai yang tidak bermoral akan cuba untuk membalut atau mengecat tangkai untuk menghalang pengesanan mudah. Pekedai yang kurang pintar mungkin juga membuang tangkai durian.
- Kebanyakan peminat menggemari buah durian yang isinya kering dan matang. Satu jalan mudah untuk mengetahui samaada isi kering tanpa membuka buah adalah dengan menggoncangkan buah dan mengesan getaran kecil. Isi durian yang lembap melekat pada kulit buah. Isi durian yang kering cenderung untuk berpisah dari dinding buah. Seseorang mestilah berhati-hati agar tidak tercedera oleh duri buah durian ketika melakukan perkara ini.
- Durian mungkin diserang oleh perosak yang bertelur di dalam buah yang berkembang menjadi larva seperti ulat. Amat penting ketika membeli buah durian untuk mengelakkan membeli buah yang mempunyai sebarang lubang pada kulitnyanya kerana ini sering kali menunjukkan kemasukan "ulat" ke dalam buah.

Jadi, kepada sesiapa yang dah pon menikmati durian, tahniah... kepada yang belom, dapatkan di pasaran sekarang~~ aku pon still x merasa lagi durian,huhuhu...

ingat lagi mase kecil-kecil dulu, minat sangat kat durian, time tu kt kampung pokok durian memang lebat berbuah.. pastu redah semak sume, panjat bukit cari buah durian yang gugur...pastu kalau banyak siap makan dengan pulut, orang panggil nasi durian, uwahh~~~sedapnya~~~~

tapi sekarang banyak pokok durian tu dah mati..yela, dah tua..kalau nak makan durian, kene la beli kat pasar malam,huhuh... then ingat lagi kecil-kecil dulu pernah tanam pokok durian belakang rumah, last-last mati..yela belakang rumah teres nak tanam pokok durian, hohh0ho...

-owh DURIAN my feveret, bilakah dapat ku merasaimu~~~









12 April 2011

BILE STUDENT ARCHITECTURE JADI DOKTOR HAIWAN~~


Mesti ramai yang pelik...ape sebenornye yang berlaku~~
ketika sedang bersiap2 menyiapkan final design yang memang x penah siap,
pagi smlm studio kiteorg dikejutkan dengan jeritan daripada senior kiteorg~~
rupenye salah satu ternakan kami terlepas dari kandangnye...
studio kiteorg skg mmg dah menjadi tempat pembiakan dan penternakan hamster...

then, bile tgk kat sangkar hamster-hamster tu balik,
ade sekor hamster tersekat x dapat nk kuar...
bayangkan, jaring yang ade lubang kecil tu, kepala anak hamster tu tersangkut, leher dah tersekat kat lubang tu....

ape lagi, kiteorg yg dah ting tong bape hari x tido, dengan petang tu ade exam sejarah.
bertukar profession jap dari budak archi terus jadi doktor haiwan~~huhuhu....

usaha menyelamat pon bermula~~

first ingat nk tolak camtu je, tapi xleh..so kene la gunting sangkar tu~~



tapi cutter tu lak xleh nk lepas tuk potong dawai kat leher hamster tu..


darah dah meleleh,hoh0hohoh0hoo~~~~


last last, guna menyepit kuku tok potong dawai tu~~



akhirnya berjaya gak terlepas..kredit tu Dr. Ayie dgn Dr. Aiman serta nurse-nurse, x lupe pada photographer~~


nakal sangat, kalau dah baka nakal memang nakal~~


nieyhla serba sedikit kesah dipagi hari first exam, paper sejarah lak tu...

jumlah hamster yang diternak dah berbelas-belas ekor (hasil dari sorang bapak je, sangat mantap)..
dan dijangka akan terus bertambah dan bertambah..
so, sesape yg teringin nk bela hamster, g tau, free of charge, prepare tempat tinggal diaekor je~~
hamster-hamster nieyh jinak sangat (mata ke atas, tangan di dada)..

nk lagi detail pasal hamster?
jenguk jap nieyh...
dan
........