18 November 2010

BENCANA

Assalammualaikum... 
Salam sejahtera, ape khabar sume? 


Sedap mkn daging lembu korban?hihihi... Daku x merasa pon lagi kali nieyh.. Tapi xpela, daging lembu mne2 pon same.. Sekarang nieyh, ade je yg beraya dalam keadaan serba kekurangan, terutamanya mangsa-mangsa banjir yang melanda utara tanah air... Harap diorg sume redha..

Bile sebut pasal banjir, kite mesti sebut pasal bencana alam gak.. Dan boleh dikatakan tahun 2010 nieyh antara tahun yang mempunyai himpunan bencana alam yg byk gak la..kalau kat dalam negara cam banjir tu... Pastu yg melanda negara jiran Indonesia iaitu letusan gunung berapi, tsunami, gempa bumi, pastu banjir besar kat Pakistan, gempa bumi lagi kat Haiti, Kepulauan Pasifik Selatan, x campur lagi dengan ribut taufan serta hurican kat hampir setiap pelusuk dunia... Memang banyaklah kali nieyh... 

Ada juga antara bencana tersebut yang meragut ratusan ribu nyawa,huuhuhu.... Harap negara kita terhindarlah dari perkara yang buruk2... Just nak share kat sini, 10 list bencana alam yang telah meragut nyawa paling banyak dalam sejarah...

CartaPeristiwaLokasiTarikhJumlah kematian (jangkaan)
1.Banjir ChinaChinaJuly, November, 19311,000,000–2,500,000
2.Banjir Sungai KuningChinaSeptember, October, 1887900,000–2,000,000
3.Gempa Bumi Shaanxi Shaanxi Province, ChinaJanuary 23, 1556830,000
4.Tuafan Bhola  BangladeshNovember 13, 1970500,000
5.Taufan IndiaIndiaNovember 25, 1839300,000
6.Gempa Bumi AntiochAntiochTurkiMay 526250,000–300,000
7.Gempa bumi TangshanTangshanHebei, ChinaJuly 28, 1976242,419
8.Gempa Bumi HaiyuanHaiyuanNingxia-Gansu, ChinaDecember 16, 1920234,117
9.Tsunami Lautan IndiaSumatraIndonesiaDecember 26, 2004230,210
10.Gempa bumi HaitiPort-au-PrinceHaitiJanuary 12, 2010222,000
Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukur dengan kurniaan Tuhan, terhindar daripada mengalami bencana alam yang meragut ratusan ribu nyawa.. oleh itu, diharap kurniaan yg diberikan ini dapat dipelihara dengan tidak bertikam lidah sesama sendiri... Sekian, bubbye~~~

17 November 2010

SALAM PERANTAUAN...

Hye... Assalammualaikum... buat apa semua? dah siap ke preparation tuk sambut hari raya aidiladha? hihihi... Sebenarnya kebelakangan nieyh agak sibuk, jadi kurang entry baru yg di share (xde idea sebenarnya,hahaha).. Jadi semperna hari raya aidiladha nieyh, nak amek kesempatan tuk ucapkan 
selamat hari raya aidiladha...

Hari raya Aidiladha nieyh antara sambutan yg penting bagi umat Islam..begitu gak kat Malaysia... As usual ramailah yg amek kesempatan tuk balik ke kampung halaman, nak raikan skali dengan keluarga tercinta... Tapi sebab cuti pon sehari je, ade juga yg x pulang ke kampung halaman...termasuklah diriku ini, sob sob..

For the first time in my life, menyambut raya di perantauan, walaupon raya haji je...kalaulah raya haji nieyh pon boleh buat salam perantauan cam kat surat khabar tu, mesti post,hihihi... Sebaiklah raya haji je, sebab xdela celebrate sgt pon, just lepas smyg raya selalu blk rmh tgk tv,hihih.. tapi kalau raya aidilfitri x balik ke kampung halaman, rasanya maulah teriak 3 hari 3 malam..begitu la nasib orang yg beraya di perantauan ye... kalaulah dapat sambung belajar kat oversea nanti, rasanya time tula akan rasa raya diperantauan,huhuhu....

Walaupon raya haji kali nieyh sambung jauh dari kampung halaman kat Sitiawan Perak, tapi rindu kat famili (mak ayah) terubatlah bile esok akan jumpe sedara mara belah mak..skg nieyh berada kat rumah abang kat Labohan Dagang, Banting, Selangor, dan esok opah sedara, sepupu sepapat sume pasti balik rumah nenek, so dapatlah jumpe diorg (harap dapat gak duit raya nanti)...

Anyway, so sorry klu entry kali nieyh lebih personal, hahahaa.... kalau ade idea nanti, barulah share bende2 yg menarik okeyh...bubbye~~

***just one thing more, tuk nak buat lagi feel sambut raya kt perantauan nieyh, nak gak la buat salam perantauan cam kat surat khabar time raya haji tu,hihihihi...... Feeling-feeling kat Auckland la kononnye nieyh, x balik raya, post kat paper salam perantauan~~

Salam Haji diucapkan kepada mak ayah jauh di mata, dok rumah jangan nakal-nakal, tengok Astro tu elok-elok. Kepada rakan dan guru dari SK Seri Selamat, SMK Tok Perdana, Kolej Matrikulasi Perak, Universiti Kebangsaan Malaysia serta mereka yang mengenali diri ini, diucapkan Selamat Hari Raya aidiladha, maaf zahir batin...

-nak tau cara buat kek yg simple tuk raya, jom jengah ini, jom buat kek..

13 November 2010

...D.A.T.A...

Assalammualaikum~~
hye~~
Korang-korang sume yg xde plan hujung minggu tu slalunye mesti online je kan...
ade yg online guna komputer, ade yg online gune laptop, gune henpon pon boleh skg nieyh kann~~~


Cube tgk komputer tu, ataupon laptop korang, berfungsi dengan elok x?
hah, kalau elok baguslah...kalau x elok tu bawaklah pegi kedai cek,hihihi...
korang punye komputer atau laptop tu bape memori harddisk die??
bykkan.. Harddisk tu fungsinya yg diketahui umum adalah tuk menyimpan data...

selain harddisk, banyak lagi alatan penyimpan data yang common skg nieyh, macam pendrive, cd, vcd, kaset, dan macam2 lagi lah...
pernah x terpikir camne mula2nya bende nieyh sume? adakah mmg sedia tercipta begitu je, atau ade evolusinya?? 

Seperti gadjet yg lain, penyimpanan data atau Data storage (bukan Cold Storage ye) pon turut mengalami revolusi...
so meh kite usha serba sedikit timeline revolusi Data storage~~
(sorry klu ade term still dlm bi, sebab xtaw bm nye ape, hihih :P )

1890 : Hollerith Punch Card
Bende nieyh boleh dikatakan permulaan cara penyimpanan data secara elektronik.. digunakan ketika USA hendak penyimpan data populasi penduduk, senang kata data bancian penduduk pada masa tu..

1937 : Punch Tape
Digunakan pertama kali oleh pelopor pengkomputeran iaitu Konrad Zuse tuk simpan data bagi Z1 die.. Punch tape nieyh juga banyak digunakan sehingga lewat tahun 80-an tuk simpan data terakhir dan digunakan oleh jabatan pentabiran selalunya.

1969 : 8 Inch Floppy
Hah, yang nieyh boleh dikatakan sebagai datuk moyang tuk disket la...8 inch lebarnya, so besarlah disket nieyhkan... iainya telah dibangunkan oleh kajian IBM pimpinan Alan Shugart dan mampu menyimpan data sebanyak 80KB sahaje...



1976 : 5.25 Inch Floppy
Dengan kapasiti 720KB, ianya adalah penyimpan data mudah alih yg banyak menjadi pilihan tuk pengguna peribadi.. ianya kemudian diganti dengan saiz 3.5 inci...



1983 : Syquest Drive
Hard disk mudah alih pertama dan mahal, tetapi dapat menyimpan dan memindahkan data dalam kapasiti yang lebih besar... Syquest dpt menyimpan sehingga 5MB data pada ketika itu... 



1989 : Compact Disk
hah, mesti ramai yg tau bende nieyh.. CD pada mulanya amatlah mahal tapi harganya jatuh kerana cara pembuatannya yg amat mudah.. dengan bende nieyh la, ramai yg dapat menyimpan data dengan cara membakar (burning disc), hihihi....


1991 : MO Disk
Menggunakan perincian magnetik optik, bende nieyh dikatakan lebih selamat dari CD dan disket.. namun harga yg begitu mahal menyebabkannya x dpt sambutan...

1994 : Lomega Zip
Ini merupakan bende pertama yg diriku kenal mase mula2 mengenali komputer..disket nieyh yg dikecilkan dari saiz 8 inci menjadi 3.5 inci dan blh simpan data sehingga 100MB. Disket nieyh sebenarnya kurang sambutan rupanya, tapi dulu slalu je gune tok simpan data..


1995 : Smart Media
Hasil daripada Toshiba, merupakan memory card pertama yg dikeluarkan dengan standard San Disk.. 


1996 : Dov Moran
Pelopor pertama USB ini pernah di ejek atas ideanya..namun kemudiannya Flash NAND die terbukti ideal dan efektif, akhirnya mengantikan disket yg telah lama digunakan sejak 1969..

2001 : DVD-R
Dengan keupayaan menyimpan data sehingga 4GB, DVD yg sampai kini masih femes menjadi pilihan kebanyakan tuk menyimpan data.. selalunya digunakan tuk menyimpan citer dgn movie kan~~


2002 : Blu-Ray
Dengan menggunakan laser biru, memudahkan data lebih halus dilekatkan ke atas DVD, gabungan kedua-dua nieyh menjadikan ianya produk yg banyak digunakan tuk buat DVD reader.. kat laptop pon banyak digunakan~~

2003 : Lomega
Hard Disk yg dapat dimudah alihkan, dengan hanya kepala pemacu dan bahan elektronik, ianya dapat menyimpan data sehingga 35GB.. dan sekarang nieyh lagi banyak data hard disk boleh simpan...


2005 : U3
USB mudah alih yg menyenangkan pemindahan data dari satu komputer ke komputer lain tanpa perlu di'install' terlebih dahulu..maknanya cara penggunaannya amat mudah..la, takkan x pernah guna pendrive kot...


 2008 : HAMR
Heat Assisted Magnetic Recording ini adalah kombinasi magnet dan laser dan membolehkan data disimpan oleh hard disk dengan lebih padat.. ianya masih lagi dalam kajian makmal..

2010 : Bakteria
Bakteria?? berkemungkinan bakteria dapat digunakan apabila bakteria Deinococcus radiodurans boleh digunakan tuk menyimpan data.. data itu pula dapat bertahan lamanya dengan peng'duplicate'an secara generasi bakteria ini..masih dalam kajian...




Jadi nieyhlah serba sedikit susur masa revolusi penyimpanan data... hope enjoy it..bubbye~~


hamster lagi~~~

Hye~~~
Cmne plan hujung minggu nieyh??
kalau yang pegi berkelah kat kawasan yang cantik dengan keindahan alam tu,
jaga la elok2 ye...jgn buang sampah merata-rata agar x jadi cam entry yg sebelum nieyh~~~

Manakala pada mereka yg xde plan hujung minggu nieyh, xtau nak g mne, meh kite rest otak kite dgn tgk video-video klaka dari makhluk yg comeyl ini~~ 
...HAMSTER...

comeyl kan ekspresi muka die~~cam kartun lak...

yang nieyh lak klaka, semangat sangat main roda tu~~

yang nieyh lak kungfu terus, boleh buat berlakon tuk citer KUNGFU HAMSTER...
kalau nak bela hamster, janganlah cari camni, nak pegang pon xleh,huhuh...

So, selamat melayan video-video dari hamster-hamster nieyh ye,hihih~~
Nak tau fakta tentang hamster, jom jengah jap yang ini~~ HAMSTER (klik)......

SUNGAI

Assalammualaikum~~~~
ape khabar sume? harap sihat lagi...
diri ini pon dah sihat, sakit gigi makin kurang, walaupon terasa ngilu lagi....
Dah mandi ke sume?


ape plan hujung minggu nieyh?xde kuar g mne2 ke? g shopping ke? berkelah ke?
kalau hujung minggu camni pegi berkelah mesti bez kan?
dapat lepak kat tepi pantai ke~~mandi sungai ke~~air terjun ke~~

tapi slalunye yg x beznye bile pegi kat tempat2 keindahan alam semulajadi nieyh,
ade je bende yg merosakkan pandangan mata..sampah sarap bersepah-sepah sane sini, walhal tong sampah ade je kat situ...
perkara nieyh berlaku kat mane2 je..klu kite tgk, kat mne2 mesti ade sampah dari sekecik2 ehemm sampai sebesar-besar ehemm....

Pastu bile kite baru nak berkelah kat tempat berkelah tu, mesti mood dah terganggu tgk pencemaran sana-sini...
Kalau nak sebut pasal isu pencemaran nieyh lak, memang dah jadi satu dokma dlm hidup masyarakat, bukan je kite, tapi satu dunia..

Masing2 dok kate marilah pulihara dunia dari pencemaran, tapi xde ape2 perubahan yg berlaku pon, sekadar cakap je..Dan kite nieyh pon, bukannya ade kuasa besar tuk menggubah undang2 dunia agar dapat selamatkan bumi nieyh dari lebih tercemar...
tapi sebagai penghuni, kita mampu melakukan apa yg terdaya agar pencemaran dapat dikurangkan...satu kata yg pernah Mahatma Gandhi cakap yg patut kita jadikan pegangan, "dunia nieyh bukannya kita warisi dari nenek -moyang kite, tetapi kita pinjam dari cucu-cicit kita"... faham x ape yg die cakap? so sebagai penghuni dunia, kita haruslah jaga demi kesejahteraan pewaris kita nanti~~~
ape yg kita mampu lakukan seperti kongsi maklumat, sertai pertubuhan alam, dan kalau yg paling simple jangan lakukan perkara yg boleh sumbangkan pada pencemaran alam~~

Pencemaran nieyh lak seperti korang sume tau ade pencemaran air, pencemaran, udara, macam2 lagilah~~~ manakala pencemaran air nieyh yang paling terjejas adalah sungai.. sungai merupakan nadi kehidupan manusia, tetapi manusia sendiri x hargainya.. pastu bile sumenye dan punah barulah nak melatah dan tunding jari kat pelbagai pihak...

Jadi yang mana sungai yang masih elok tu, marilah sama2 kite perlihara agar x jadi macam 10 batang sungai nieyh, yang paling tercemar kat dunia...

Sungai yg pertama terletak kat negara jiran kita, Indonesia... Sungai Citarum yg terletak di Jawa Barat dikatakan tidak memiliki langsung hidupan air di dalamnya.. dan dari sumber yg ditemui juga, Bank Pembangunan Asia telah bersetuju menyumbangkan dana untuk memulihara sungai ini...



Sungai kedua adalah Sungai Yamuna, India. sungai yang menghiasi Monumen terindah dunia, Taj Mahal ini tercemar kerana lebih dari separuh sisa buangan Bandaraya New Delhi dialirkan ke sungai ini. usaha pemuliharaan pernah di jalankan tetapi pencemaran masi kekal sama dan akhirnya pihak berkuasa menyerah kalah atas mentaliti masyarakat diorang yg xnk memelihara sungai...



Sungai ketiga adalah Sungai Buriganga, Bangladesh... sungai yg menjadi aliran utama di Bangladesh nieyh di katakan telah mati, dan dipenuhi dengan sampah terutamanya polistrene yg amat susah tuk telupus secara semula jadi...



Seterusnya adalah Sungai Kuning, China.. sungai yang kedua terpanjang di China dan menjadi sumber air utama tercemar sejak revolusi perindustrian di China.. ianya di cemari dengan sisa2 kimia dan minyak yang teruk...



Sungai Marilao, Filipina nieyh lak dok kat tempat kelima.. seperti sungai2 yg lain gak, sungai nieyh di penuhi dengan sampah, bangkai, bahan kimia, dan macam2 lagi lah...dikatakan kandungan air sungai tu sendiri dah beracun..bayangkan bertapa teuknya pencemaran yang berlaku....


Merupakan sungai yg utama di India, tempat bermulanya kegemilangan Tamadun India dan sungai suci bagi masyarakat Hindu, iaitu Sungai Ganges.. Sungai nieyh begitu popular dengan hidupan akuatiknya iaitu ikan lumba-lumba gangga, namun kini populariti, eh populasi hidupan tu makin berkurang akibat pencemaran tu...


Seterusnya adalah Sungai Songhua, China..sungai nieyh mengandungi unsur Benzone yg merupakan bahan yang bersifat karsinogenik iaitu penyebab kanser.

jadi bayangkan bertapa bahayanya dan tercemarnya sungai ini...


Sungai yang kelapan adalah dari negara uncle john, Sungai Mississippi, Amerika Syarikat.. menjadi sungai paling utama di benua Amerika Utara dengan hampir 40 wilayah di alirnya, sudah semestinya sungai ini menerima azabnya akibat perbuatan manusia.. tercemar akibat pertanian dan perindustrian, sungai ini turut mengakibatkan pencemaran pada Teluk Mexico yg baru2 nieyh tercemar gak akibat pecahan dari perlombongan petroleum dari dasar lautnya..



Sungai seterusnya adalah sungai paling tercemar di benua Eropah iaitu Sungai Sarno, Itali.. sungai ini menerima bahan pencemar akibat perbuatan manusia dalam pertanian dan industri.. sungai ini melewati bandar Pompei yang femes tu..


Sungai yang terletak dalam tangga ke sepuluh adalah Sungai King, ataupon King River, Australia... sungai niey tercemar akibat perlombongan yang berlaku di sekitarannya.. bahan pencemar utamanya adalah sulfidic acid yg di gunakan untuk mengestrak hasil lombong.... 


Tujuan di senaraikan 10 sungai paling tercemar di dunia nieyh bukanlah tuk provokrasi dengan mengatakan rakyat malaysia nieyh pandai hargai sungai.. yg nieyh baru 10 teratas, mungkin ada sungai dalam negara yang senarai dalam top 100 atau top 50.. sebenarnya terdapat sungai di negara yg telah di kategorikan mati.. 
oleh itu, marilah kita hargai sungai-sungai yang masih cantik dan terpelihara agar dapat di warisi ke anak cucu nanti~~~....