13 November 2010

SUNGAI

Assalammualaikum~~~~
ape khabar sume? harap sihat lagi...
diri ini pon dah sihat, sakit gigi makin kurang, walaupon terasa ngilu lagi....
Dah mandi ke sume?


ape plan hujung minggu nieyh?xde kuar g mne2 ke? g shopping ke? berkelah ke?
kalau hujung minggu camni pegi berkelah mesti bez kan?
dapat lepak kat tepi pantai ke~~mandi sungai ke~~air terjun ke~~

tapi slalunye yg x beznye bile pegi kat tempat2 keindahan alam semulajadi nieyh,
ade je bende yg merosakkan pandangan mata..sampah sarap bersepah-sepah sane sini, walhal tong sampah ade je kat situ...
perkara nieyh berlaku kat mane2 je..klu kite tgk, kat mne2 mesti ade sampah dari sekecik2 ehemm sampai sebesar-besar ehemm....

Pastu bile kite baru nak berkelah kat tempat berkelah tu, mesti mood dah terganggu tgk pencemaran sana-sini...
Kalau nak sebut pasal isu pencemaran nieyh lak, memang dah jadi satu dokma dlm hidup masyarakat, bukan je kite, tapi satu dunia..

Masing2 dok kate marilah pulihara dunia dari pencemaran, tapi xde ape2 perubahan yg berlaku pon, sekadar cakap je..Dan kite nieyh pon, bukannya ade kuasa besar tuk menggubah undang2 dunia agar dapat selamatkan bumi nieyh dari lebih tercemar...
tapi sebagai penghuni, kita mampu melakukan apa yg terdaya agar pencemaran dapat dikurangkan...satu kata yg pernah Mahatma Gandhi cakap yg patut kita jadikan pegangan, "dunia nieyh bukannya kita warisi dari nenek -moyang kite, tetapi kita pinjam dari cucu-cicit kita"... faham x ape yg die cakap? so sebagai penghuni dunia, kita haruslah jaga demi kesejahteraan pewaris kita nanti~~~
ape yg kita mampu lakukan seperti kongsi maklumat, sertai pertubuhan alam, dan kalau yg paling simple jangan lakukan perkara yg boleh sumbangkan pada pencemaran alam~~

Pencemaran nieyh lak seperti korang sume tau ade pencemaran air, pencemaran, udara, macam2 lagilah~~~ manakala pencemaran air nieyh yang paling terjejas adalah sungai.. sungai merupakan nadi kehidupan manusia, tetapi manusia sendiri x hargainya.. pastu bile sumenye dan punah barulah nak melatah dan tunding jari kat pelbagai pihak...

Jadi yang mana sungai yang masih elok tu, marilah sama2 kite perlihara agar x jadi macam 10 batang sungai nieyh, yang paling tercemar kat dunia...

Sungai yg pertama terletak kat negara jiran kita, Indonesia... Sungai Citarum yg terletak di Jawa Barat dikatakan tidak memiliki langsung hidupan air di dalamnya.. dan dari sumber yg ditemui juga, Bank Pembangunan Asia telah bersetuju menyumbangkan dana untuk memulihara sungai ini...



Sungai kedua adalah Sungai Yamuna, India. sungai yang menghiasi Monumen terindah dunia, Taj Mahal ini tercemar kerana lebih dari separuh sisa buangan Bandaraya New Delhi dialirkan ke sungai ini. usaha pemuliharaan pernah di jalankan tetapi pencemaran masi kekal sama dan akhirnya pihak berkuasa menyerah kalah atas mentaliti masyarakat diorang yg xnk memelihara sungai...



Sungai ketiga adalah Sungai Buriganga, Bangladesh... sungai yg menjadi aliran utama di Bangladesh nieyh di katakan telah mati, dan dipenuhi dengan sampah terutamanya polistrene yg amat susah tuk telupus secara semula jadi...



Seterusnya adalah Sungai Kuning, China.. sungai yang kedua terpanjang di China dan menjadi sumber air utama tercemar sejak revolusi perindustrian di China.. ianya di cemari dengan sisa2 kimia dan minyak yang teruk...



Sungai Marilao, Filipina nieyh lak dok kat tempat kelima.. seperti sungai2 yg lain gak, sungai nieyh di penuhi dengan sampah, bangkai, bahan kimia, dan macam2 lagi lah...dikatakan kandungan air sungai tu sendiri dah beracun..bayangkan bertapa teuknya pencemaran yang berlaku....


Merupakan sungai yg utama di India, tempat bermulanya kegemilangan Tamadun India dan sungai suci bagi masyarakat Hindu, iaitu Sungai Ganges.. Sungai nieyh begitu popular dengan hidupan akuatiknya iaitu ikan lumba-lumba gangga, namun kini populariti, eh populasi hidupan tu makin berkurang akibat pencemaran tu...


Seterusnya adalah Sungai Songhua, China..sungai nieyh mengandungi unsur Benzone yg merupakan bahan yang bersifat karsinogenik iaitu penyebab kanser.

jadi bayangkan bertapa bahayanya dan tercemarnya sungai ini...


Sungai yang kelapan adalah dari negara uncle john, Sungai Mississippi, Amerika Syarikat.. menjadi sungai paling utama di benua Amerika Utara dengan hampir 40 wilayah di alirnya, sudah semestinya sungai ini menerima azabnya akibat perbuatan manusia.. tercemar akibat pertanian dan perindustrian, sungai ini turut mengakibatkan pencemaran pada Teluk Mexico yg baru2 nieyh tercemar gak akibat pecahan dari perlombongan petroleum dari dasar lautnya..



Sungai seterusnya adalah sungai paling tercemar di benua Eropah iaitu Sungai Sarno, Itali.. sungai ini menerima bahan pencemar akibat perbuatan manusia dalam pertanian dan industri.. sungai ini melewati bandar Pompei yang femes tu..


Sungai yang terletak dalam tangga ke sepuluh adalah Sungai King, ataupon King River, Australia... sungai niey tercemar akibat perlombongan yang berlaku di sekitarannya.. bahan pencemar utamanya adalah sulfidic acid yg di gunakan untuk mengestrak hasil lombong.... 


Tujuan di senaraikan 10 sungai paling tercemar di dunia nieyh bukanlah tuk provokrasi dengan mengatakan rakyat malaysia nieyh pandai hargai sungai.. yg nieyh baru 10 teratas, mungkin ada sungai dalam negara yang senarai dalam top 100 atau top 50.. sebenarnya terdapat sungai di negara yg telah di kategorikan mati.. 
oleh itu, marilah kita hargai sungai-sungai yang masih cantik dan terpelihara agar dapat di warisi ke anak cucu nanti~~~....

3 comments:

  1. walaikumsalam...sikap manusia yg tak bertanggung jawap..kekadang bila diaowg tgk owg lain buang sampah merata-rata...diaowg pun akan buang dgn alasan.."mereka buang boleh..."emmm..tah lah..

    ReplyDelete
  2. sungai klang dalam keadaan tercemar..tapi bukan paling teruk di malaysia...
    reiyana- ya betol, sikap manusia punca segala..

    ReplyDelete