05 November 2010

ingatan tuk diri sendiri~~

Hye~~
Assalammulaikum...
as usual, mesti tanye, apa khabar?
sihat?
harap sume dlm keadaan sihat2 belaka..

bukan ape kebelakangan nieyh cuaca x menentu..
sekejap hujan, sekejap panas, so badan kite pon akan mengalami perubahan yang drastik..

Dunia yg kite duduk sekarang nieyh banyak yang cakap x selamat..
klu kite tgk je berita, mesti ade berita mengenai pelbagai bencana alam..
yang kecik ade, yang besar pon ade..
klu yg teruk tu cam banjir kat Pakistan, Ribut kt area Filipina, tsunami kat Indonesia dgn Samoa Island, gunung berapi lagi..
yg kecik lak cam banjir yg tgh melanda dalam negara kite skg..

Semua nieyh sudah sememangnya ketentuan Illahi...namun setiap perbuatan yang berlaku mesti ade puncanya..
ramai yang cakap sume yg terjadi nieyh sebab dunia dah nak kiamat x lama lagi...
kadang2 pelik gak, camne diorg blh tau x lama lagi?
sememangnya banyak pertanda telah wujud,
tapi semua ini hanya ketentuan Illahi...
yang perlu kita lakukan adalah hanya teruskan hidup cam biasa~~
wah, muhasabah diri jap,huhuhu...

Okeyh, sebenarnya, hah, terus ke perkara utama..
apa yg hendak di sampaikan di sini adalah,
dunia yang kita tinggal nieyh,
bukan hak milik manusia sahaja, tetapi kita kongsi dengan mahkluk yg lain juga..
tumbuhan, haiwan, dan pelbagai lagi...
kita harus sedar, walaupon populasi manusia semakin bertambah di dunia,
banyak mahkluk lain terutamanya haiwan berada di ambang kepupusan...
mungkin kita x sedar kepentingan pada kita buat masa sekarang, namun bile dah xde nti, bru rasa menyesal, bak kata pepatah, ermm, ape erk, lupe lah, dah lame x bermadah~~

Sebenarnya, banyak haiwan yang telah pupus dan x mungkin dapat ditemui lagi.. pernah dengar x merpati perlancongan, burung dodo, emu, panda coklat, singa parsi, dan pelbagai lagi haiwan yang unik? semuanya telah lesap di muka bumi nieyh dalam tempoh 200 tahun yang lalu sahaja..
dan sekarang nieyh pon, banyak lagi haiwan yg boleh di ibaratkan seperti telur di hujung tanduk, bilangan populasi mereka tinggal sikit saje.. ade yg kini hanya tinggal puluhan sahaja kat muka bumi nieyh...
apa yg perlu kita buat? memang kita xde kuasa tuk berubah segala-galanya..

Namun serba sedikit tindakan kita boleh membantu haiwan yang semakin terancam nieyh daripada pupus..
misalnya, jikalau kita berada di kawasan pantai ataupon di tengah laut, jgn la buang begitu je sampah terutamanya plastik, sebab plastik dikatakan punca utama kematian hidupan marin seperti ikan lumba-lumba, penyu dan dugong mungkin..
selain tu, jangan la kite terlampau taksub dengan kecantikan haiwan2 sehingga mengambil kulitnya tuk di buat karpet, pakaian, dan lain-lain lagi..mungkin ramai yang cakap " mane ade buat"..tapi akan datang x tentu lagikann~~ bile duit dah banyak, dah x tau nak buat ape, terus lupe segala, x mustahil kita akan terlibat secara x langsung menyumbang pada kepupusan haiwan.. 

Selain tu, banyak lagi perkara yang menyumbang pada kepupusan haiwan, antaranya kepupusan harimau di kaitkan dengan pemburuannya hanya kerana manusia hendakkan hempedunya, yang dikatakan menguatkan tenaga batin!!! hayoo!! kalau dah x boleh berfungsi sangat bende alah tu, jmpe la doktor, kenapa harimau yg jadi mangsa???!!! tu blom lagi nakkan kulit harimau just tuk buat karpet...

Then, gajah, walaupun kelihatan besar, tapi x semestinya kuat tuk terus hidup kat dunia nieyh tanpa gangguan..mesti ramai yang tau gajah pupus disebabkan permintaan tinggi kat gadingnya... tapi tau x gadingnya buat ape? pecungkil gigi!!! yeah, xtau nak kate ape, tapi itulah realitinya...dan banyak lagi haiwan di bunus dan semakin pupus angkara manusia sendiri...

oleh itu, marilah kite same take point terhadap bende2 camnieyh....
mungkin kita xleh bt ape lagi sekarang, tapi klu kite tetapkan kesedaran dalam diri kita mulai sekarang, ambil tahu mengenai semua nieyh, insyaallah kita mungkin dapat lakukan sesuatu~~~


Ikan yu ditangkap hanya untuk siripnya dan kemudian di lepaskan ke laut semula..
omg, camne binatang tu nak berenang???

gajah yang di bunuh semata-mata untuk gadingnya..bilangannya semakin sikit,
dan kini hanya terdapat di beberapa kawasan je..



kulit harimau tuk dibuat karpet??huh!! sekarang nieyh tinggal lebih kurang beberapa puluh ribu sahaja, dan Malayan Tiger, spesies harimau yang dinobatkan dengan nama negara kita hanya tinggal lebih kurang 500 ekor sahaja kat dalam hutan tu...

(actually nak share beberapa haiwan unik yang hampir pupus, tapi dah melalut banyak, nieyh la hasilnya..yang tu share kat entry akan datang ye... :P )


4 comments:

  1. aku sebagai budak biologi memang anti orang yang suka menyeksa binatang atau alam sekitar..Kemusnahan alam sekitar tuh berasal dari tangan manusia jugak..

    ReplyDelete
  2. betol tu, huhuhu~~~
    last nti bru nyesal!!

    ReplyDelete
  3. sape anonymous ni?dak genetikus?? ceh.. secret admirer ko la epis..apa lagi jual minyak la,,

    ReplyDelete