05 November 2010

terancam~~~

hye Assalammualaikum~~
Selamat sejahtera~~
apa khabar?harap sihat sahaja...


Hah, nape pic kat atas nieyh gmbar panda?
sebab panda adelah simbol tuk World Wildlife Foundation...
Sebuah organisasi tuk melindungi dan memulihara hidupan liar terancam~~
seperti yg di janjikan pada kat entry sebelom nieyh, skg nak share beberapa hildupan liar yg unik, yg semakin terancam~~~


Haiwan pertama yg nak ditunjukkan 
nieyh adalah spesies buaya yg dipanggil Buaya Cuba..
sememangnya buaya banyak lagi kt muka bumi nieyh, tapi nieyh merupakan spesies buaya yg unik kerana memiliki tekstur kulit yg cantik.. 
kulit buaya nieyh selalunya akan di buat beg tangan, kasut, dan lain-lain lagi lah~~ oleh itu, ianya makin terancam kerana pemburuan dan habitatnya terganggu..




Haiwan nieyh pula merupakan spesies monyet dan di namakan Lutung Kepala Putih..

Lutung ye, bukan lontong...lontong tu makanan~~~
monyet yg kecil comel nieyh hanya boleh ditemui di sebuah pulau kecil kat Vietnam dan sekarang nieyh hanya tinggal 59 ekor sahaja...data ini mungkin akan berubah samaada lagi naik ataupon turun... kalaulah monyet kat UKM nieyh dikatakan makin pupus, mesti ramai yg hargai,huhuh~~~~


Yang nieyh plak spesies katak... katak nieyh kecik je, lebih kurang 0.8 inchi panjangnye~~ katak yg dalam bahasa omputihnye di panggil Romer's Tree Frog atauu dalam bahasa Melayu katak pokok romer kot nieyh hanya boleh di temui di Hong Kong... sebelum nieyh, ianya di fikirkan telah pupus sebab habitatnya telah dimusnahkan utk buat lapangan terbang.. akhirnya terdapat sekelompok yg masih ditemui hidup dan kini usaha pemuliharaan sedang giat di lakukan..


Seterusnya adalah sebuah keluarga kuda.. K.U.D.A kuda... kuda nieyh di panggil Kuda Przewalski dan unik sebab lehernya pendek dan bertubuh kekar.. ianya juga merupakan antara spesies kuda liar yg masih wujud skg nieyh~~ dan hanya boleh ditemui di Mongolia.. Beberapa tahun yg lalu, process pemuliharaannya giat di jalankan di kawasan habitat asalnya.. lihatlah ibu dan anak kuda tu, sedih je tengok, huhuhu......


Kelawar Florida... kelawar nieyh kecil je dan di fikirkan telah pon pupus sebelum nieyh.. namun, sebuah koloni kecil hidupan nieyh akhirnya ditemui dan usaha pemuliharaan giat di jalankan....






Lihat kat katak nieyh, sedih je tgk...sayu sayup je mata die, seperti mengharapkan agar dibantu.. katak yg di namakan Katak Mata Hijau nieyh telah tinggal beberapa ratus je... huhuh, sian kan~~~ memanglah ianya hanya katak, namun tetap suatu hidupan yang perlukan perhatian...


Seterusnya nieyh Merpati Grenada... menjadi simbol tuk Grenada, merpati unik nieyh semakin berkurangan kerana habitatnya telah di hancurkan dek pembangunan...

usaha pemuliharaan di lakukan, namun ianya tetap berada dalam keadaan yg kritikal.. janganlah nanti nasibnya sama seperti saudaranya merpati perlancongan yg telah pon lenyap dari muka bumi....



Kini, hanya tinggal dalam 400 ekor, Kura-kura Ploughshare nieyh terancam kerana perdagangangnya, iaitu untuk dipelihara.. tapi kura-kura nieyh x sesuai dok dalam sangkar,huhuhu.... cube tgk, sian tol, huhuh.....








Comeylnye rubah nieyh.... dipanggil Rubah Kelabu Pulau, habitatnya di Kepulauan Channel Carlifornia.... ianya merupakan rubah yg paling kecil dalam spesiesnya... cube tgk yg kt pokok tu, sian je, huhuhuh.....









Yang nieyh sinonim dah dgn kite, maskot sukan Komanwel.. Orang Utan.. hanya boleh ditemui di kepulauan Borneo dan Sumatera... sejak 75 tahun yg lepas, populasinya turun mendadak sehingga 80%... sebabnya?? .................................



Kalau nak di ikotkan, banyak lagi haiwan-haiwan yang semakin terancam spesiesnya~~~ namun hanya ini yang dapat disenaraikan..kalau nak senaraikan sume, smpai bile pon x abes...

tujuan buat entry nieyh, pon, bukan la nak tunjuk yang diri nieyh baik sangat ke, penyayang ke, nak belagak ke, namun sekadar berkongsi maklumat... kita sememangnya xde kuasa lagi tuk membantu, tapi manalah tahu suatu hari nanti kita dapat peluang... kalau boleh, sememangnya teringin nak menyumbang tuk menyelamatkan hidupan terancam, kalau kene berkhemah dalam hutan, pergi ke tempat terpencil, sanggop..namun, tidak berpeluang, jadi ini jela yg mampu di lakukan tuk membantu mereka~~~

okeyh, samai kat sini jela...jumpe lagi dilain masa.. 
bye~~~~
Muahhh~~

ingatan tuk diri sendiri~~

Hye~~
Assalammulaikum...
as usual, mesti tanye, apa khabar?
sihat?
harap sume dlm keadaan sihat2 belaka..

bukan ape kebelakangan nieyh cuaca x menentu..
sekejap hujan, sekejap panas, so badan kite pon akan mengalami perubahan yang drastik..

Dunia yg kite duduk sekarang nieyh banyak yang cakap x selamat..
klu kite tgk je berita, mesti ade berita mengenai pelbagai bencana alam..
yang kecik ade, yang besar pon ade..
klu yg teruk tu cam banjir kat Pakistan, Ribut kt area Filipina, tsunami kat Indonesia dgn Samoa Island, gunung berapi lagi..
yg kecik lak cam banjir yg tgh melanda dalam negara kite skg..

Semua nieyh sudah sememangnya ketentuan Illahi...namun setiap perbuatan yang berlaku mesti ade puncanya..
ramai yang cakap sume yg terjadi nieyh sebab dunia dah nak kiamat x lama lagi...
kadang2 pelik gak, camne diorg blh tau x lama lagi?
sememangnya banyak pertanda telah wujud,
tapi semua ini hanya ketentuan Illahi...
yang perlu kita lakukan adalah hanya teruskan hidup cam biasa~~
wah, muhasabah diri jap,huhuhu...

Okeyh, sebenarnya, hah, terus ke perkara utama..
apa yg hendak di sampaikan di sini adalah,
dunia yang kita tinggal nieyh,
bukan hak milik manusia sahaja, tetapi kita kongsi dengan mahkluk yg lain juga..
tumbuhan, haiwan, dan pelbagai lagi...
kita harus sedar, walaupon populasi manusia semakin bertambah di dunia,
banyak mahkluk lain terutamanya haiwan berada di ambang kepupusan...
mungkin kita x sedar kepentingan pada kita buat masa sekarang, namun bile dah xde nti, bru rasa menyesal, bak kata pepatah, ermm, ape erk, lupe lah, dah lame x bermadah~~

Sebenarnya, banyak haiwan yang telah pupus dan x mungkin dapat ditemui lagi.. pernah dengar x merpati perlancongan, burung dodo, emu, panda coklat, singa parsi, dan pelbagai lagi haiwan yang unik? semuanya telah lesap di muka bumi nieyh dalam tempoh 200 tahun yang lalu sahaja..
dan sekarang nieyh pon, banyak lagi haiwan yg boleh di ibaratkan seperti telur di hujung tanduk, bilangan populasi mereka tinggal sikit saje.. ade yg kini hanya tinggal puluhan sahaja kat muka bumi nieyh...
apa yg perlu kita buat? memang kita xde kuasa tuk berubah segala-galanya..

Namun serba sedikit tindakan kita boleh membantu haiwan yang semakin terancam nieyh daripada pupus..
misalnya, jikalau kita berada di kawasan pantai ataupon di tengah laut, jgn la buang begitu je sampah terutamanya plastik, sebab plastik dikatakan punca utama kematian hidupan marin seperti ikan lumba-lumba, penyu dan dugong mungkin..
selain tu, jangan la kite terlampau taksub dengan kecantikan haiwan2 sehingga mengambil kulitnya tuk di buat karpet, pakaian, dan lain-lain lagi..mungkin ramai yang cakap " mane ade buat"..tapi akan datang x tentu lagikann~~ bile duit dah banyak, dah x tau nak buat ape, terus lupe segala, x mustahil kita akan terlibat secara x langsung menyumbang pada kepupusan haiwan.. 

Selain tu, banyak lagi perkara yang menyumbang pada kepupusan haiwan, antaranya kepupusan harimau di kaitkan dengan pemburuannya hanya kerana manusia hendakkan hempedunya, yang dikatakan menguatkan tenaga batin!!! hayoo!! kalau dah x boleh berfungsi sangat bende alah tu, jmpe la doktor, kenapa harimau yg jadi mangsa???!!! tu blom lagi nakkan kulit harimau just tuk buat karpet...

Then, gajah, walaupun kelihatan besar, tapi x semestinya kuat tuk terus hidup kat dunia nieyh tanpa gangguan..mesti ramai yang tau gajah pupus disebabkan permintaan tinggi kat gadingnya... tapi tau x gadingnya buat ape? pecungkil gigi!!! yeah, xtau nak kate ape, tapi itulah realitinya...dan banyak lagi haiwan di bunus dan semakin pupus angkara manusia sendiri...

oleh itu, marilah kite same take point terhadap bende2 camnieyh....
mungkin kita xleh bt ape lagi sekarang, tapi klu kite tetapkan kesedaran dalam diri kita mulai sekarang, ambil tahu mengenai semua nieyh, insyaallah kita mungkin dapat lakukan sesuatu~~~


Ikan yu ditangkap hanya untuk siripnya dan kemudian di lepaskan ke laut semula..
omg, camne binatang tu nak berenang???

gajah yang di bunuh semata-mata untuk gadingnya..bilangannya semakin sikit,
dan kini hanya terdapat di beberapa kawasan je..



kulit harimau tuk dibuat karpet??huh!! sekarang nieyh tinggal lebih kurang beberapa puluh ribu sahaja, dan Malayan Tiger, spesies harimau yang dinobatkan dengan nama negara kita hanya tinggal lebih kurang 500 ekor sahaja kat dalam hutan tu...

(actually nak share beberapa haiwan unik yang hampir pupus, tapi dah melalut banyak, nieyh la hasilnya..yang tu share kat entry akan datang ye... :P )


03 November 2010

Shopping Shopping~~~

Hye~~
Assalammualaikum....

sume sihat je kan??
camne exam?muahaha..
jgn ingat lagi dah...

Okeyh, sebenarnya xde bende pon nak ckp, xtau nak mulakan intro cmne..
so just nak tnye korang sume penah x g shopping mall??
tipu klu x penah pegi...
kat mne2 pon ade shopping mall kan?
klu kat KL nieyh dah mmg berlambak la..
kat tempat lain pon mesti ade gak..

shopping mall skg nieyh dah tumbuh cam cendawan membiak selepas hujan membasahi bumi~~
pertanda bahawa ekonomi negara kita nieyh baik la, dikatakan begitulah..
ape sahaja projek pembinaan mesti ade bt shopping mall...

okeyhla, xnak citer panjang sgt, so nak share info berkaitan shopping mall, iaitu..........
10 SHOPPING MALL TERBESAR DI
DUNIA....

cekidout!!!

Okeyh first adalah sebuah shopping mall yang terletak kat China. nama shopping mall nieyh adalah South China Mall.
 dengan keluasan 7.1 juta kaki persegi, shopping mall nieyh menduduki tempat pertama dan mula beroperasi pada tahun 2005.

Yang second terbesar pon terletak kat China gak...namanya Golden Resources Shopping Mall. 
sebelum nieyh ianya menduduki tempat pertama tapi kini jatuh no 2...terletak kat Beijing, shopping mall nieyh luasnya lantainya adalah 6 juta kaki persegi~~

Okeyh, yang ketiga lak adelah sebuah shopping mall yang letaknya kat Asay City Filipina, iaitu SM Mall of Asia...
shopping mall nieyh dilengkapi gak dengan sebuah kolam renang bertaraf olimpik serta memiliki wayang imax pertama kat Filipina memiliki luas 4.2 juta kaki persegi~~

Yang keempat lak dimiliki oleh West Edmonton Mall.. 
Mall nieyh letaknya kat Kanada..berkeluasan 3.8 juta kaki persegi, mall nieyh meliputi pelbagai jenis hiburan..bukan shopping je, tapi ade kasino, taman tema, kolam renang, dan macam-macam lagi....

Okeyh, shopping mall yg dok kat tempat kelima ialah SM Megamall, 
letaknya kat Mandaluyong City, Filipina..luasnya adalah 3.6 juta kaki persegi, dah seperti mall lain, mall nieyh gak ade macam2 bende leh buat...

PROUD TO BE MALAYSIA~~~
Mall keenam nieyh letaknya kat dalam negara kita.. mesti ramai pernah jejak kan!!! kot kot dah jemu dah nak pegi,hihhihihi..dah boleh tau kot selok belok shopping mall nieyh, dah jelajah kot setiap ceruk...walaupun daku dah banyak kali pergi mall nieyh, tapi x pernah dapat abes explore mall nieyh dalam satu-satu masa, sebab besar sangat.. Shopping mall yg dimaksudkan adalah Berjaya Times Square Megamall~~

 dengan keluasan lantai 3.5 juta kaki persegi, ianya meliputi hotel, taman tema dan macam2 lagi...bile sebut pasal taman tema kat Times nieyh, pernah pegi dulu, dan rasanye itulah kali pertama dan kali terakhir nak main kat situ..abes kuar segala big apple, secret recipe, keropok lekor, nasi portugis dari dalam perut kat situ,huhuhuhu......

yang ketujuh adalah Beijing Mall 
dan letaknya mestilah kt Beijing kan, takkan kat Tokyo lak,hihihi....mall nieyh luasnya 3.4 juta kaki persegi dan dikunjungi hampir setengah juta ketika waktu klimaks~~

yang kelapan adalah shopping mall yang letaknya juga kt China iaitu Zhengjia Mall..
luasnya adalah 3 juta kaki persegi~~kat sini ade la hotel la, taman la, cam2 lagi la seperti yg lain gak~~

yang kesembilan adalah sebuah mall yang letaknya juga kat Filipina iaitu SM City North Edsa....
luasnya juga 3 juta kaki persegi....ianya jatuh kt bawah Zhengjia Mall kerana telah beroperasi sejak tahun 1985 manakala Zhengjia Mall beroperasi pada tahun 2005...

yang terakhir iaitu tempat kesepuluh adalah sebuah shopping mall yang terletak kat negara Uncle Sam iaitu King of Prussia Mall 
kat Pennsylvania..beroperasi sejak tahun 1962, luasnya adalah 2.8 juta kaki persegi~~~

jadi, tu je nak share~~ dapat disimpulkan bahawa China paling banyak shopping mall yang besar2~~~
itu je, bye~~~

31 October 2010

Oh Bulan~~~

Assalammualaikum...
selamat sejahtera~~~
apa khabar sume??!!di harap sihat-sihat saje..
sekarang nieyh pon dah masuk musim exam, mostly kat sume campus-campus...
kalau kat Facebook tu, banyak yg mengomen pasal paper2 diorg~~ x kire la, macam2 ade...
dan semalam pon baru je berlangsung final Piala Malaysia, tahniah Kelantan, yg lain cube lagi tahun depan~~
yang penting, Chelsea menang malam tadi, yeah!!!!!!!!!

hah, sekarang nieyh pon, tup tap tup tap, tup tap tup tap, 
dah hari terakhir bulan Oktober, dah nak masuk bulan November...
sekejap je, dah nak abes tahun 2010...
bulan Oktober kali pon boleh dikatakan meriah dengan pelbagai berita, gossip, event, itulah, inilah,inulah..
yang penting gak, ramai yg kahwin bulan Oktober nieyh, sebab nak amek tarikh yg cun 101010 tuk mengingati hari bahagia diorang~~
korang nak amek tarikh ape lak?111111 atau 121212...
lepas tu xde dah tarikh cun sbb tahun 2013 nanti mane ade bulan yg ke-13..hihih...

hah, nape setahun bulan ade 12 je erk?nape x 11 je ke? 13 je ke?? then nape name bulan tu pon camtu??
hihi..nak tau x??jom amek tau~~

pada zaman dahulu, ketika bumi di huni hanya sekelompok-sekelompok manusia, di sebuah tempat yang terpencil, terdapatnya sebuah kerajaan namanya Rom~~~(cam pertandingan cerita budak2 lak)
hah, klu nak tau, kalendar Masihi nieyh, bermula sejak zaman Rom lagi, mase tu tahun 738 SM~~
tyme tu, kalender diorg nieyh, ade 10 bulan je, dengan 304 hari~~ lagi dua bulan tu x diamek kira, sebab jatuh tyme musim sejuk, so kirenye diorg nak berhibernasi la tyme nieyh~~~
bulan mase tu start dari bulan March n abes bulan December~~
ermm~~sedapnye tido u ols~~bulan bape skg nieyh nyah??!!

then, lepas tu plak, lebih kurang tahun 715-673 SM, Numa Pompilius mengarahkan dua bulan yg x di amek kira tu, di amek lah juga, dan dinamakan Januari serta Februari...

okeyh, sambung lagi erk....pastu, pada tahun 46 SM, Julius Caeser, pemerintah rom gak, tengah lepak2~~
u ols, I rase kalender kite x bez la~~i nak tukar la uols~~~

then tetibeer die rase yg bulan-bulan nieyh xbez, sebab x ikot musim katanya, yela musim panas, sejuk, luruh dan bunga x ikot tyme yg bez~~...jadi beliau pon memerintahkan ahli astronominya, Sosigenes ubah balik..then Sosigenes nieyh mencadangkan bulan Januari dan Februari di bawak ke hadapan tahun, dan kalendar ikot peredaran bumi mengelilingi matahari, jadi jumlah hari dalam bulan berselang-seli 30 dan 31~~ gitula lebih kurangnya.. 

So bulan, Oktober yang asalnya Ok ataupun lapan, November asalan Nov iaitu sembilan dan December yang asalnya Dec bermaksud sepuluh, (ala, yg ikot slalu kite bljr dlm math, chemist tu) berganjak kebelakang~~namun nama2 mereka nieyh tetap x diubah~~nama bulan2 lain lak kebanyakannya ikot nama dewa-dewa lama Rom~~

then, bulan Julai lak semperna nama Julius Caeser tu sendiri..hah, lagi satu, sebenarnya pada zaman dedulu, bulan Februari nieyh ade 29 hari...tapi Augustus Caeser, yg nama bulannya August ataupon Ogos, nak juga bulannya ade 31 hari...jadi, die amek satu hari dari bulan Februari nieyh, letak kat bulan die, jadilah bulan Ogos 31 hari, Februari tinggal 28 hari..that why la bulan Julai pon 31 hari, then bulan Ogos pon same 31 hari...
kalau pakcik I punye datang bulan boleh 31 hari, I pon nak gak bulan I 31 hari, i x kire.. I nak gak bulan I 31 hari,huhuhhuuh~~~

eh, cube tgk stail Augustus Caeser nieyh cam sape??
same x dgn nieyh???
gitu~~~jangan marah tok tie, gurauan di akhir Oktober je,hihihi.....

beginilah alkisahnya tentang kalender masihi nieyh serba sedikit...so bulan Oktober nak abes dah, bulan November nak datang dah..last ucapan, 
wish all of u the best, terutama yang sedang exam nieyh, termasuklah aku, hhuahhuahhuahhua~~~~

no tragedi Oktober okeyh!!!

bye~~~~~


24 October 2010

.S.E.S.A.K.

Assalammualaikum~~~~~
Apa Khabar sume???
harap sume baik-baik di hujung minggu nieyh~~~

ape program di hujung minggu nieyh??
xkan x kuar g mane-mane kot~~~
ikotkan, hati nieyh memberontak je nak kuar...
tapi fikirkan esok First paper exam, terpaksa la pendamkan niat di hati~~~

kalau dapat kuar la, dah jauh kaki nieyh melangkah...
x kira la  pegi mana pon...
kadang-kadang Mid, Times, Alamanda, Mines, Masjid India, Bukit Bintang....
x kisah la bersesak-sesak dengan orang ramai...
yang penting kita enjoy~~~~

sesak-sesak camni pon x kesah, hahaha...kadang-kadang tu bukan beli apa pon, just nak cuci mata je~~~

korang mampu ke bersesak-sesak dalam situasi camtu???
kalau mampu bagus la, boleh jadi geng~~~
kalau x tu, ermmm,,hahahah....

hah, kalau korang memang x suka bersesak-sesak,
hindarkan dari mengunjungi....................

8 TEMPAT PALING SESAK!!!!

Pertama:
Negara paling sesak di Eropah -
ENGLAND


mesti korang tau England kann???
kalau x tau x payah nak mengaku rakyat Malaysia la...
England bekas penjajah yang di panggil gak Britain nieyh merupakan negara paling sesak di Eropah, buat masa nieyh~~~~
kalau dulu Belanda ataupun nama lain die Holland ataupun Netherland, adalah negara paling sesak, kini England dah rampas tittle tu....hHuhH!!!
dikatakanlah, setiap kilometer persegi didiami manusia seramai 395 orang....kan!!!penuh lah kat mana-mana je dengan orang...

tau x England tu kat ner??hah, cek atlas cepat, tengok sekali eropah~~
but, England still x boleh lawan China sebagai negara paling sesak di dunia~~~

Kedua:
Pantai paling sesak-
Pantai Qingdao Huiquan, China


mak oii orang, kat mana-mana aje....
camne nak mandi nieyh, bukan kata nak berjemur pon x dapat, nak berjalan pon takut terpijak orang~~
pantai nieyh letaknya kat Teluk Huiquan, Shandong, China...
China nieyh bukan je negara paling sesak di dunia, sekali dengan pantai-pantainya pon sesak...

nape pantai nieyh femes sangat?dah xde pantai ke kat China nieyh??
pantai nieyh jadi tarikan sebab dikatakan pasirnya putih, halus dan gebu, airnya jernih, dan ombaknya pukul-pukul manja gitu~~musim sejuk pon still ade orang yang datang tau...

sebaiklah pantai-pantai kat Malaysia x camnieyh lagi~~~~

Ketiga:
Stesen Keretapi Bawah Tanah paling sesak-
Moscow, Rusia


Rusia nieyh adalah negara paling besar di dunia..kalau tengok peta, satu Artik tu die kongker...dari hujung timur sampai lah ke hujung barat luasnya~~~

dan Moscow yang merupakan ibu negara Rusia nieyh dah tentunya akan jadi tumpuan rakyatnya tuk duduk, tinggal, bekerja dan lain-lain lagi...so sudah tentulah sudah tentulah keretapi bawah tanahnya sesak dengan orang ramai, lagi-lagi di waktu kemuncak sebab nieyh je salah satu pengangkutan awam utama kat sana~~~

kalau Putra pon sesak camnieyh, patut dibuat lagi la dari bina ehem ehem ehem!!!

Keempat:
Keretapi paling sesak-
INDIA


ambek ko!!!!sekali dengan bumbung-bumbung die pon orang duduk!!!!!
kalau korang rasa KTM Komuter tu dah cukop sesak, dengan lembapnya, korang mesti lagi x sanggup nak naik keretapi kat India nieyh....dan, keretapi nieyh bukan tok dalam bandar tau, tapi antarabandar!!!bayangkan 5, 6 jam bersesak camtu!!!x sanggup ku,huhuhuhu.....

kalau KTM pon camnieyh la, x rela aku nak kuar, bek naik bas je, x pon dok la bilik,huhuhuhu.....

Kelima:
Jalan paling Sesak-
Shibuya, Tokyo, Jepun


hah, Jepun yang merupakan antara negara paling padat, memiliki Tokyo yang merupakan antara bandaraya yang paling mahal di dunia..mahal bukan dari segi apa, tetapi dari segi taraf hidup yang tinggi.

kat jalan nieyh lak, dikatakan hampir 2.5 juta manusia setiap hari guna...diulangi setiap hari dengan kehadiran 2.5 juta orang hanya di sebatang jalan....wow, memang amazing kalau dapat alami situasi tu gak~~
dikatakan juga, x kira siang malam, pagi petang, maghrib asar, jalan nieyh penuh je dengan orang...x pernah lengang-lengang la....sampai subuh hari pon penuh lagi dengan orang~~

kalau nak buat photoshoot kat sini, mesti payah......

Keenam:
Stadium bola sepak paling sesak-
Rio de Jainero, Brazil


hah, korang yang mana minat tengok bola tu, mesti slalu tgk kat maple je kannn~~~
hah, cube tengok bola kat sini, kat mana-mana tempat pon penuh dengan orang...

dicatatkanlah bahawa stadium ini pernah menerima kehadiran paling ramai dalam sejarah dunia perlawanan bola sepak adalah ketika perlawanan akhir FIFA 1950 iaitu hampir 210 000 orang~~~kaya tokey stadium nieyh...
kalau maple pon sesak camnieyh, kaya mamak maple tu~~~~

Ketujuh:
kawasan paling sesak-
Mongkok, China


sekali lagi, China tersenarai, iaitu dengan memiliki kawasan paling sesak, Mongkok....
dianggarkan bahawa seramai 130 000 manusia mendiami kawasan yang hanya seluas satu kilometer persegi~~~dan ianya disenaraikan dalam Guiness World Records tau~~~maknanya diiktiraflah kesesakan bandar nieyh...

Mongkok nieyh terletak di Kowloon, yang merupakan salah satu daripada Hong Kong....

Terakhir:
Kolam Renang Paling Sesak-
Kolam Tokyo Summerland, Jepun


gitu hah penuhnye orang kat kolam nieyh....bukan kata nak berenang, nak bergerak pon x boleh,huhuhuhu....
sanggup ke korang nak menambahkan lagi kesesakan kolam nieyh???huhuhu...yang mana dok suka nak amek kesempatan tu mungkin la....tapi mesti fikir banyak kali gak kalau nak join,huhuhu....

situasi nieyh sentiasa je berlaku dan bertambah dua kali ganda bile musim panas,huhuhuhu....nak cari air pon susah, penuh dengan orang je...bukan kolam renang dah nieyh, kolam orang,hihihiih....

sekian,
ini sahaja yang dapat dikongsi buat masa ini~~~
apa pun, selamat menikmati hujung minggu yang aman damai ini~~~
cuaca still redup seperti pagi walaupun dah tengahhari...nikmatilah keindahan hujung minggu ini~~~
selamat berhujung minggu~~~~











22 October 2010

Now You Know What Angels Eat~~~~


BIG APPLE

Assalamualaikum~~~
hye lama giler x update blog, paling last entry buat kek tu..
huhuhu...bz byk kje la...
dan skg nieyh dah nk dekat time exam lak...

hah, nape tetibe big apple jadi kepala entry lak kali nieyh???

hihihi.....

actually nak citer camne diri ini boleh jatuh cinta dengan donut big apple~~

walau banyak mana pon brand yang jual donut, BIG APPLE TETAP DIHATI~~

alkisah bermula pada zaman matrix lagi..

masa tu pegi outing, nak tgk citer Wanted..ala citer Angelina Jolie tu~~~

inilah posternye~~~

time tu tgk kat Ipoh Kinta City...

abes je tgk citer tu, turun je dari GSC, ternampaklah kedai donut nieyh...

time tu Adeq ajak beli, die ajak share...

yang diri ku nieh bile tgk harga, 

"OMG mahalnya, seketul donut dekat dua hinggit"

terus x minat nak beli...

pastu camne pon beli la satu setengah~~

camne satu setengah tu???

haha~~beli sebijik dan sebijik lagi tu share~~~

bukan ape time tu pon duit xde...

(dulu klu nak makan donut Dunkin Donut, mak yang belikan~~
tu pon tyme tunggu bas kat Hentian Pudu~~~)

then balik je kolej, terus la makan donut yang beli satu setengah tu~~~

bile mula makan.....

Ya Allah sedapnya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
rasanya tula makanan paling enak pernah dirasai~~~~

sejak dari hari tu, klu beli Big Apple, xde satu setengah lagi dah...

tiga, empat bijik terus...

kadang-kadang tu beli setengah dozen terus tuk daku seorang je yang makan~~~


(mampu kot habeskan dalam sekelip mata~~~)


bile kuar mana2 je yang ada jual Big Apple, mesti beli~~~

kadang-kadang tu jemu la juga karnn tiap minggu asyik ngunyah Big Apple je...

pernah la juga hampir dua bulan x beli~~

then bile beli balik Big Apple, 
perasaan rindu kat rasanya terus mengamit memori~~~
cam first time baru makan lak~~~
hahaha...



walau dah rasa macam-macam brand donut,

 BIG APPLE TETAP DIHATI~~~


PILIH-PILIH MANA YANG BERKENAN DI MULUT DAN DIHATI~~~