24 November 2011

Badak Pupus!!!

Baru-baru nie, IUCN iaitu pertubuhan untuk hidupan liar terancam telah mengeluarkan kenyataan yang Badak Sumbu Hitam Afrika telah pon pupus dari muka bumi...Ini bermakna tiada lagi seekor pon Badak Sumbu Hitam di dunia.. badak Sumbu Hitam nie berbeza dengan badak-badak yang lain kerana saiznya yang lebih besar.
Gambar terakhir yang merakamkan Badak Sumbu Hitam.

Dan baru je semalam, WWF juga telah mengeluarkan kenyataan yang Badak Javan telah pon pupus di Vietnam.. Yang masih tinggal adalah 50 ekor saje di Pulau Jawa. Badak yang menetap di Malaysia pon tidak kurang juga mengalami masalah yang sama. Di Malaysia, Badak Sumbu Sumatera yang terdapat di Hutan Sabah dikatakan tinggal 30 ekor saje.. kat Semenanjung pula dianggarkan Badak Sumbu Sumatera nieh hanya tinggal sekitar 70 ekor saje.. 

Badak Sumbu Sumatera yang dikesan di Sabah.

Punca utama kepupusan badak sumbu adalah kerana pemburuan.. tujuannya untuk dapatkan sumbunya yang 1 inci sahaje dah berharga 150 ribu Ringgit Malaysia... Pemburuan haram di Malaysia juga tidak kurang rakusnya membunuh badak-badak sumbu hanya untuk mendapatkan badak sumbu..

Oleh itu, marilah bersama-sama kita lakukan sesuatu supaya khazanah alam kita tidak terus lenyap kerana pemburuan haram.. mungkin kita tak mampu dari segi wang ringgit, tetapi dengan berkongsi maklumat, mungkin ianya akan dapat menyedarkan masyarakat~~tuk makluman lanjut, klik sini~~~

- Bukan badak ke yang semakin terancam, banyak lagi haiwan lain yang menerima nasib yang sama...huhu....

2 comments:

  1. bila tgk ayat IUCN,teringat exam aku yg pasal benda ni.x dpt jawab.blank.geram sgt.

    ReplyDelete