16 April 2011

Raja Buah~~~ DURIAN~~

Musim durian telah pun tiba. kat mana-mana sekarang nieyh mesti ade jual durian. x kire kat tepi jalan, pasar malam, tepi simpang, depan kedai, supermarket, mesti ade jual durian. pastu kat fesbuk pon skg nieyh riuh orang dok citer pasal durian,hoho... so, nieyh ade serba-serbi pasal Durian, raja buah~~


1. Durian adalah buah tropikal yang berasal dari Asia Tenggara. Warna buah berbeza dari hijau ke perang, dan mempunyai bentuk bujur sehingga bundar. Buah ini boleh membesar sehingga 30 cm (12 in) panjang dan 15 cm (6 in) diameter, dan lazimnya mempunyai berat antara satu hingga tiga kg (2 hingga 7 lb). Ciri-ciri durian adalah buah yang mempunyai kulit bersabut yang diselitupi dengan duri yang tajam, mencucuk, dan bau yang kuat dan unik yang terhasil dari isi di dalam, yang dianggap oleh sesetengah orang sebagai berbau busuk. Bahagian buah boleh dimakan adalah isi yang kekuningan, yang menyelitupi biji benih.

2. Pokok durian membesar sehingga ketinggian 50 meter dan buah durian boleh tergantung dari sebarang cabangnya. Pada kebiasaan, buah durian boleh mencapai berat 1 hingga 3 kilogram menjadikan ladang durian sebagai kawasan berbahaya pada musim durian. Sebiji durian jika jatuh di atas kepala seseorang mampu menyebabkan kecederaan teruk atau membawa kepada kematian. Pada kebiasaan, pokok durian boleh berbuah selepas 4-5 tahun.

3. Ramai orang menganggap durian sebagai buah yang sedap, ia dipanggil "raja buah" oleh penduduk tempatan. Sebahagian orang barat yang tidak tahan dengan baunya telah menggambarkan buah durian dengan gambaran seperti "makan kastard dalam tandas awam". Terdapat juga gambaran bau durian sebagai bau lori sampah yang baru sahaja melanggar skunk.

4. Durian berasal dari Brunei, Malaysia dan Indonesia, meskipun ia boleh membesar dalam sebarang cuaca yang serupa. Pusat pelbagai ekologi untuk durian adalah kepulauan Borneo. Thailand adalah pengeksport penting durian. Tempat yang lain di mana durian ditanam termasuk Mindanao di Filipina, Queensland di Australia, Kemboja, Laos, Vietnam, India dan Sri Lanka.

5. Durian dianggap sebagai makanan panas dan sesiapa yang terlebih makan durian akan mendapati dirinya berpeluh dengan banyaknya sejurus selepas makan durian. Penawar tradisi ialah untuk minum air kosong dari pangsa kulit buah. Selain itu, musim durian lazimnya berlaku bersama dengan manggis yang dianggap sebagai mempunyai kesan penyejuk kepada badan. Oleh itu, kedua-dua buah-buahan ini lazimnya dimakan bersama.

6. Berikut ada beberapa tips untuk mereka yang hendak memilih durian untuk dibeli:
- Lazimnya kesegaran dari satu buah boleh dipastikan dari tangkainya. Apabila buah telah dialih dari pokok, tangkainya mulai kering. Pekedai yang tidak bermoral akan cuba untuk membalut atau mengecat tangkai untuk menghalang pengesanan mudah. Pekedai yang kurang pintar mungkin juga membuang tangkai durian.
- Kebanyakan peminat menggemari buah durian yang isinya kering dan matang. Satu jalan mudah untuk mengetahui samaada isi kering tanpa membuka buah adalah dengan menggoncangkan buah dan mengesan getaran kecil. Isi durian yang lembap melekat pada kulit buah. Isi durian yang kering cenderung untuk berpisah dari dinding buah. Seseorang mestilah berhati-hati agar tidak tercedera oleh duri buah durian ketika melakukan perkara ini.
- Durian mungkin diserang oleh perosak yang bertelur di dalam buah yang berkembang menjadi larva seperti ulat. Amat penting ketika membeli buah durian untuk mengelakkan membeli buah yang mempunyai sebarang lubang pada kulitnyanya kerana ini sering kali menunjukkan kemasukan "ulat" ke dalam buah.

Jadi, kepada sesiapa yang dah pon menikmati durian, tahniah... kepada yang belom, dapatkan di pasaran sekarang~~ aku pon still x merasa lagi durian,huhuhu...

ingat lagi mase kecil-kecil dulu, minat sangat kat durian, time tu kt kampung pokok durian memang lebat berbuah.. pastu redah semak sume, panjat bukit cari buah durian yang gugur...pastu kalau banyak siap makan dengan pulut, orang panggil nasi durian, uwahh~~~sedapnya~~~~

tapi sekarang banyak pokok durian tu dah mati..yela, dah tua..kalau nak makan durian, kene la beli kat pasar malam,huhuh... then ingat lagi kecil-kecil dulu pernah tanam pokok durian belakang rumah, last-last mati..yela belakang rumah teres nak tanam pokok durian, hohh0ho...

-owh DURIAN my feveret, bilakah dapat ku merasaimu~~~









2 comments:

  1. epis, aku x minat sangat durian yang makan macam tu je.. tapi kalau bubur durian aku suka! hehe.

    ReplyDelete